2011

Anugerah Persuratan

Majlis Bahasa Melayu Singapura akan menganjurkan Anugerah Persuratan 2011 (AP2011) . Anugerah persuratan merupakan usaha berterusan Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) dalam mengiktiraf para penulis yang bergiat dalam seni persuratan.  Majlis Bahasa Melayu Singapura telah menganjurkan Anugerah Persuratan sejak tahun 1993. Anugerah Persuratan dianjurkan setiap dua tahun sekali.

Objektif Anugerah Persuratan

Anugerah Persuratan dilaksanakan dengan objektif  yang berikut:

Majlis Anugerah Persuratan 2011

Majlis AP2011 tahun ini akan diadakan pada bulan Julai, iaitu:

Tarikh: Sabtu, 30 Julai 2011,
Tempat: Akan diumumkan nanti.
Masa: 3 petang
Tetamu Terhormat: Akan diumumkan nanti.

Anugerah-anugerah yang diberikan

Dalam Majlis AP2011 tersebut, 4 jenis hadiah/anugerah akan disampaikan, iaitu:

Dasar Penilaian

Penilaian AP2011 pada dasarnya ditujukan kepada teks atau karya asli yang memenuhi kriteria yang berikut:

  1. berbahasa Melayu;
  2. dihasilkan oleh warganegara Singapura
  3. diterbitkan pada tahun 2009 & 2010 (di Singapura atau di luar negara);
  4. memiliki izin terbit ISBN (penerbitan berbentuk buku) untuk menentukan kesahihannya.

Jawatankuasa AP2011 akan membentuk kumpulan panel penilai bagi menilai karya-karya sepanjang tahun penilaian dan sekumpulan lagi penilai untuk menentukan pemenang Anugerah Tun Seri lanang, Anumerta Tun Seri Lanang dan Anugerah Harapan.

Maklumat lanjut

Untuk maklumat-maklumat lanjut dan memuat turun borang penyertaan, sila rujuk kepada dokumen-dokumen berikut.