Apa itu Bulan Bahasa?

Bulan Bahasa adalah bertujuan untuk:

* menggalakkan masyarakat Melayu menanam minat untuk meningkatkan kebolehan berbahasa Melayu, menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan berasa bangga dapat berbuat demikian

* menyatukan dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan bercorak kebahasaan di Singapura sehingga menjadi suatu kegiatan masyarakat dan nasional yang penting.

Slogan: Warisan Masa Depan. Bahasa Kita. Gunakanlah

Bahasa Kita. Warisan Kita.

Bahasa Melayu ialah warisan masyarakat kita. Kita mewarisinya dan menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mewariskannya kepada generasi seterusnya. Bahasa kita menjadi tali penyambung nilai dan budaya masyarakat Melayu.

Gunakanlah Demi Generasi Masa Depan

Kita harus terus menggunakan bahasa Melayu setiap kali kita mempunyai peluang dan ruang. Persekitaran bahasa Melayu seperti ini akan mengukuhkan usaha kita agar Bahasa Melayu terus digunakan dalam kehidupan seharian dan kekal relevan untuk generasi kini dan masa depan.

Kalendar Kegiatan

Senarai Aktiviti  BB2011 yang akan dijalankan  termasuklah:

* Persembahan (drama, deklamasi dan sebagainya)
* Pertandingan (kuiz, bahas, bercerita  dan sebagainya)
* Program-program Media (Cetak & Elektronik seperti blogging, pantun di internet )
* Seminar/Persidangan/bengkel  dan sebagainya.

Lihat Kalendar Kegiatan Bulan Bahasa 2011.

Lagu2 Kanak2 album

Jawatankuasa  Jawatankuasa 2011

Pengerusi
Encik Hawazi Daipi MBMS
Setiausaha
Encik Tajudin Jaffar MBMS
Timbalan Setiausaha
Puan Raihanah Mohd Said MBMS
Bendahari
Drs Masran Sabran MBMS
Anggota
Encik Abdul Hakim Yusoff 4PM
Puan Haryani Ismail Berita Harian
Puan Isadhora Mohamed Mediacorp Radio
Puan Julina Khusaini Yayasan Warisan Melayu
Encik Mail Bin Kanchil MESRA
Cik Naqiah Sumri PBMUKS, NUS
Cik Nurhazimah Halim Perbayu, NIE
Encik Rohanizam Basheer KGMS