Apa itu Bulan Bahasa?
Bulan Bahasa adalah bertujuan untuk:
* menggalakkan masyarakat Melayu menanam minat untuk meningkatkan kebolehan berbahasa Melayu, menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan berasa bangga dapat berbuat demikian
* menyatukan dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan bercorak kebahasaan di Singapura sehingga menjadi suatu kegiatan masyarakat dan nasional yang penting.
Slogan: Bahasa Kita. Gunakanlah
Slogan ini mengajak para pengguna bahasa Melayu meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian kita. Usaha sebegini akan mengukuhkan penguasaan dan meningkatkan keyakinan kita berbahasa Melayu.
Bahasa Kita
Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan salah satu bahasa rasmi negara kita. Masyarakat pengguna bahasa Melayu setiap generasi menjadi penerus bahasa kita ini dengan melestarikan penggunaan dalam kalangan masyarakat kita. Bahasa kita ini menjadi tali penyambung warisan dan masa depan masyarakat Melayu
Gunakanlah
Bahasa perlu digunakan. Dengan menggunakan bahasa Melayu setiap kali kita mempunyai peluang, dalam pelbagai konteks formal dan tidak formal, kita berupaya mengukuhkan kefasihan berbahasa kita.
Kalendar Kegiatan
Senarai Aktiviti BB2010 yang akan dijalankan termasuklah:
* Persembahan (drama, deklamasi dan sebagainya)
* Pertandingan (kuiz, bahas, bercerita dan sebagainya)
* Program-program Media (Cetak & Elektronik seperti blogging, pantun di internet )
* Seminar/Persidangan/bengkel dan sebagainya.
Lihat Kalendar Kegiatan Bulan Bahasa 2010.
|