Kegiatan Kami

Matlamat Majlis Bahasa Melayu Singapura adalah untuk:

  • Membina masyarakat Melayu Singapura yang fasih berbahasa Melayu, serta menimbulkan rasa bangga terhadap budaya, tradisi dan sejarah Melayu,
  • Menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat Melayu Singapura yang kurang menggunakan Bahasa Ibunda mereka, dan
  • Memupuk wacana intelektual dan meningkatkan landskap sastera Melayu menerusi pendedahan serantau.

Majlis Bahasa Melayu Singapura menganjurkan empat kegiatan khas iaitu:

  • Bulan Bahasa
  • Anugerah Guru Arif Budiman
  • Anugerah Persuratan (setiap dua tahun)
  • Menganggotai MASTERA (Majlis Sastera Asia Tenggara)