Perkasa Bahasa adalah wadah elektronik baru dalam lelaman MBMS yang inovatif. Ia merupakan jendela bahasa untuk pengguna Bahasa Melayu menggunakan bahasa ibunda dengan cara tepat dan betul. Ciri-ciri unik wadah elektronik ini:
1. Belajar menerusi pendengaran audio
2. Interaktif – Hantarkan soalan-soalan anda kepada kami
3. Dikemaskini setiap hari
Wadah ini terbahagi kepada 3 bahagian dan kandungannya disumbang oleh 3 ahli bahasa: “Sebut Tepat bersama Riz Sunawan”, “Bijak Bahasa bersama Cikgu Naim” dan “Kata Kamus bersama Adi Rahman”. Semoga anda terhibur sambil mendekati Bahasa Melayu dan jangan lupa mengunjunginya setiap hari!