Sebut Tepat Bersama Riz Sunawan

Sebutan Ambulans

am-bu-lans
bukan ɛm-bu-lans, ɛm-bu-l ɛns, am-biu-lans

Kenderaan membawa orang sakit ke hospital

Ambulans tiba di tempat kemalangan itu dalam masa kurang sepuluh minit.

Sebutan Pasar

pa-sar

bukan pa-sa

 

Tempat orang berjual beli terutama barang-barang keperluan dapur

 

Ibu ke pasar untuk membeli sayur-sayuran dan ikan.

Sebutan Audit

au-dit
bukan ɔ-dit

Pemeriksaan kira-kira

Dia bekerja di salah sebuah syarikat audit besar di Singapura.

Sebutan Saudara

sau-da-ra

bukan sau-da-rə, sə-da-rə atau lain-lain lagi

 

Orang yangg ada hubungan kekeluargaan

 

Kami lazim mengunjungi rumah saudara-mara yang terdekat pada hari raya pertama.

Sebutan Bank

bank

bukan bɛnk

 

Institusi yang memberikan khidmat kewangan seperti simpanan, pinjaman dan lain-lain.

 

Dia telah ke bank untuk menyimpan sebahagian wang gajinya.

Sebutan Idea

i-dea

bukan ai-diə, i-diə atau lain-lain lagi

Buah fikiran

Dia mempunyai pelbagai idea yang menarik untuk projeknya itu.

Sebutan Alam

Panduan Umum – Vokal a

a – Contoh: saya (sa-ya)

a – Contoh: alam / a’lam (Huruf Jawi Ain)

 

Kata pinjaman atau serapan daripada bahasa Arab sebutannya dengan dua cara, iaitu cara sebutan menurut bunyi yang sudah terserap dan cara sebutan menurut bunyi asal dalam bahasa Arab.

 

Keutamaan diberikan kepada cara sebutan yang sudah terserap dalam bahasa Melayu. Peraturan ini dikenakan khusus kepada kata dalam tulisan Jawi mengandungi bunyi huruf Ain.

 

Contoh:

 

a-lam / a’-lam

il-mu / i’l-mu

u-mur / u’-mur

Alam

a-lam / a’-lam

 

Semula jadi/Hakikat/Keadaan

 

Istilah eko-sistem telah digunakan untuk menggambarkan persekitaran yang mengandungi alam semula jadi termasuknya manusia

Sebutan Ekonomi

Ekonomi

e-ko-no-mi, e-kɔ-nɔ-mi, ɛ-ko-no-mi atau ɛ-kɔ-nɔ-mi

bukan ə-ko-no-mi, i-ko-no-mi, i- kɔ-nɔ-mi atau lain-lain lagi

Berkaitan dengan wang dan kekayaan

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, kita mesti bijak merancang kewangan.

 

Sebutan Telefon

Telefon

te-le-fon atau tɛ-lɛ-fon

bukan ta-li-pon, ta-li-fon, tə-lə-fon atau lain-lain lagi

Alat untuk bercakap dengan orang yang berada di tempat lain atau jauh

Dia tidak sempat menjawab panggilan telefon itu.

 

Sebutan Popular

Popular

po-pu-lar

bukan po-pu-lər, po-piu-lar atau lain-lain lagi

Disukai ramai orang

Justin Bieber merupakan seorang penyanyi remaja yang semakin popular.

 

Page 1 of 3123
Perkasa Bahasa

Sebut Tepat bersama Riz Sunawan

Bijak Bahasa bersama Cikgu Naim

Kata Kamus bersama Adi Rahman

Tanya Cikgu Naim